Semalam (9.03.09), saya dan keluarga berkesempatan menyambut Hari Keputeraan Rasulullah s.a.w (12 Rabiulawal) di Masjid Tengku Mizan, Kerteh. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mengingatkan kita sebagai umat akhir zaman kepada junjungan besar nabi kita iaitu Muhammad Rasulullah s.a.w. Dengan sambutan ini, akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kita kepadanya, di samping mengenang, menghargai dan mengambil segala iktibar dari kisah suka duka perjuangannya.
Antara acara yang diadakan di Masjid Tengku Mizan adalah seperti Selawat, Marhaban dan nasyid yg dipersembahkan oleh ustaz, pelajar-pelajar sekolah rendah kebangsaan kerteh dan juga sekolah rendah al-Amin…Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Aktiviti seterusnya yang akan diadakan di Masjid ini adalah Ceramah Maulidur Rasul pada 13 mac 09 (selepas maghrib). Tahun ini insyaallah saya dan keluarga akan mengikuti ceramah ini seperti tahun-tahun sebelum ini.
Untuk renungan bersama...Dipetik dari Jabtan Mufti Melaka
“Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.
Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.“
VERAPPA melihat mayat bayi yang dijumpainya di dalam longkang di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam.
TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36. Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut. Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ. "Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak. "Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam. Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.
Dari petikan akhbar ni...pe la nk jd ngan masyarakat sekarang ni...da x ingat ke dosa n pahale.. sanggup buang baby mcm tu je..x de perasaan tol.. sedangkan binatang pun syg kan ank, ni kan manusia yg tuhan bagi akal, x gune sebaik2 nye.. segale perbuatan kite di atas dunia ni, jgn kite lupe..segale2 nye akan di hitung di akhirat nanti.. insaf lah wahai semua..
Al-Quran dan Sunnah sering memperingatkan nilai hidup setiap makhluk. Kite dilarang mencabut nyawa janin termasuk haiwan kecuali atas ketentuan dibenarkan Allah. Dek kerana perhubungan yg x sah, org yg x bertanggungjawab ni tanpe segan silu & belas kasihan sanggup buang bayi x kire di mane tmpt....
Jd, utk mengelakkan mksiat n segala perhubungan yg haram, ikat la satu hubungan yg sah...
Rasulullah bersabda maksudnya: "Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (riwayat Bukhari).
Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dikehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."
"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan....."
1. bismillahhirrahmann irrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.alhamdulliah :pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. astagfirrullah :jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. insyaallah :jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. lahaulawalaquataill ahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.