Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sambutan Maulidur Rasul

Author: nhazrini // Category: ,

Semalam (9.03.09), saya dan keluarga berkesempatan menyambut Hari Keputeraan Rasulullah s.a.w (12 Rabiulawal) di Masjid Tengku Mizan, Kerteh. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mengingatkan kita sebagai umat akhir zaman kepada junjungan besar nabi kita iaitu Muhammad Rasulullah s.a.w. Dengan sambutan ini, akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kita kepadanya, di samping mengenang, menghargai dan mengambil segala iktibar dari kisah suka duka perjuangannya.

Antara acara yang diadakan di Masjid Tengku Mizan adalah seperti Selawat, Marhaban dan nasyid yg dipersembahkan oleh ustaz, pelajar-pelajar sekolah rendah kebangsaan kerteh dan juga sekolah rendah al-Amin…Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Aktiviti seterusnya yang akan diadakan di Masjid ini adalah Ceramah Maulidur Rasul pada 13 mac 09 (selepas maghrib). Tahun ini insyaallah saya dan keluarga akan mengikuti ceramah ini seperti tahun-tahun sebelum ini.


Untuk renungan bersama...Dipetik dari Jabtan Mufti Melaka

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.


Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.


Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.


Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.



Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.



Masjid Kristal

Author: nhazrini // Category:


~Pemandangan yang indah~

Sua RaSa di KT - Perodua-

Author: nhazrini // Category:

I love this sPider !!!













My brother, Hafiyyan Asyraf...
He loves car...any types of car...
Di Sua Rasa ni, ada pameran n pertandingan tajaan perodua...so, ni sebahagian gambar yg pose ngan kereta..
kebanyakannya banyak yang modified kereta dieorg...very interesting...
Fara Diba n Me....=)
Masa ni dia baru lepas live at tv9...promote perodua..MyV SE baru...
and then, saya sempat pose ngan dia sekejap..klik,klik..=p



Hasil seni ukiran kayu menarik perhatian saya utk singgah ke booth krafangan warisan ni..Dengan cuaca yg sgt panas, penat berjalan, saya berehat seketika kat sini.lagipun dah ada buaian, boleh la duduk jap..ni pun siap tunggu turn nak duduk situ..tp,cantik kan buaian ni..



Asal nya saya tak perasan pun ni booth UITM..
yang menarik saya untuk ke booth ni adalah kain yg dipakai patung tu..=)
Lepas tengok2 kain tu, baru la saya perasan ni booth UITM..then, dikesempatan ni,sempat la sedikit sebanyak soalan diberikan pada Che Amri (Pen.Pegawai Tadbir di bahagian pejabat pengarah UITMT) berkenaan UITM.. Sambil2 tu, kepada adik2 lepasan SPM terutamanya, sila2 la pergi ke mesramall, kemasek atau perpustakaan negeri terengganu pada 14-16mac ni..ada ekspo pasal UITM...so, kat sana nanti boleh la dapatkan sedikit sebanyak maklumat untuk meneruskan pengajian di UITM...=)

Ehem2..pandai ke main tu?hehe...
Saja je saya cuba benda alah ni..ni kat booth gamelan...

















Adikku, sempat tengok je..kesian..tp, xpe...sempat pose...=p

WeEkends AcTivity...-TelaGa SiMpuL-

Author: nhazrini // Category:


Suatu petang di Telaga Simpul, kemaman bersama
family..









Time ni abah
p kuantan...die ade kerja nk kene buat kat sane..so, tinggal kiteorg berempat..saya, angah, adik n ma...so, ape lg...jalan2 la..amek angin n cari mkn..tp, tak syok..abah tak de...dah puas lepak2 tepi pantai, kiteorg blk..sebelum blk umah, on the way,sempat lg saya bawa dieorg p minum air nyior and mkn keropok, pisang goreng, ikan celup tepung kat kijal..besttt...!!..cume kekurangan sorang..abah..


with my sister and brother..