Perbezaan Ilmu dan Harta

Author: nhazrini // Category:

Suatu hari Saidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut :-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan, sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

3. Ilmu kalau diberikan kepada orang lain, ia akan bertambah, harta jika dieberikan kepada orang lain pasti akan berkurangan.

4. Orang berlimu disebut ''karim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil" (kedekut).

5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu pula akan menjaga kita.

6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

8. Harta akan mengeraskan hati kita, ilmu akan melembutkan hati kita.

9. Orang berharta akan mengaku sebagai tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah s.w.t.



1 Response to "Perbezaan Ilmu dan Harta"

Foundation English Set 9 Says :
May 15, 2009 at 1:35 AM

yeah..baru je dengr khutbah tadi..perg solat jumaat ke tadi?..hak3..

Post a Comment